Thursday 27 April 2017

'Jika Keluarga Sudi, Saya Mahu Biayai Kos Guaman Kes Adik Thaqif' - Safiey Illias Mohon Bantuan Orang Ramai Untuk 'Inbox' Cara Hubungi Keluarga Adik Thaqif..

Semalam, berita pemergian pelajar tahfiz, adik Mohamad Thaqif, mengejutkan seluruh Malaysia. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri menyatakan kesedihan beliau dan mengarahkan agar kes ini diselesaikan dengan segera dan diambil tindakan undang-undang jika ada kesalahan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes itu telah diklasifikasikan semula dibawah Seksyen 302 kerana membunuh. Dalam perkembangan terbaru, usahawan muda, Safiey Illias, menyatakan hajatnya untuk membiayai kos guaman bagi kes adik Mohamad Thaqif sekiranya pihak keluarga sudi. Perkara itu dinyatakan oleh Safiey di Facebooknya semalam

Menerusi status tersebut, Safiey meminta bantuan orang ramai yang tahu cara untuk menghubungi pihak keluarga adik Thaqif supaya meninggalkan pesanan di inbox Facebooknya.

"Saya nak biayai kes guaman saman adik Thaqif ni.. siapa tahu mcm mana nk hubungi mak ayah arwah? Tolong inbox saya. Saya akan bagi peguam terhebat untuk handle kes," tulis Safiey.


'Jika Keluarga Sudi, Saya Mahu Biayai Kos Guaman Kes Adik Thaqif' - Safiey Illias Mohon Bantuan Orang Ramai Untuk 'Inbox' Cara Hubungi Keluarga Adik Thaqif..

Semalam, berita pemergian pelajar tahfiz, adik Mohamad Thaqif, mengejutkan seluruh Malaysia. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendi...